Menyusuri Waktu
Aku… berdiri tegak dalam diamAku… yang bertanya dan tidak ada jawapanAku… menghela nafas sedalam-dalamDan… Ku lakukan semuanya dengan segala kemampuan
Perlahan-lahan kaki ku melangkahKu bertanya dalam nafas ku yang lelahKu mencari-cari jawapan dalam gundahTetapi… aku tetap tidak mahu kalah
Lembaran perjalanan yang ku laluiSeakan tiada memberi ertiAku ingin menerangi bumiTetapi ternyata hanya sudut kecil yang tersinari
Oh… begitu kerdilnya hambaWalau ku berlari sekuat tenagaTetapi seakan tidak bermaknaAku terkulai tidak berdaya
Kemana aku harus berlari?Kemana aku harus sembunyi?Aku menangis dan merenung sendiriBagaimana memerangi jahili yang semakin tidak bertepi???
Aku tidak pasti…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment