Thursday, December 10, 2009

Are We in The End Of Time?

Last week dh g tengok 2012. Best ke? ek? Actually sblm tu pun dh bnyak kali try gi Sunway tp tiket ashik sold out je...dtg kul 11 pun sold out gak. Ok cerita ni, hhmmmm does it impact me? mesti la tp ..... ada gak bab2 yg tersenyum. ya is just a movie, ppl might say. Tapi apa yg boleh digambarkan, ianya memberikan gambaran ttg dunia ini pasti akan berakhir, walaupun cerita ni berteorikan sains sebagai bahan bukti, dan idea dari penulis barat, yang tidak percayakan pada rukun iman ke 5 iaitu percaya pada Hari Qiamat, namun tanda2 dan perubahan cuaca alam yang berlaku sekarang memang sedang mengiakan apa jua kajian tentang kemungkinan terjadinya pelupusan bumi yang kita sedang diami ini.Keadaan huru hara yang digambarkan semasa bencana alam itu berlaku dalam filem itu, sungguh menginsafkan, satu demi satu gunung ganang meletup, dan membuat kami berfikir yang jika saat Allah mengarahkan malaikat Israfil meniup sangkala pertama, maka tiadalah yang akan terselamat dari merasai huru hara dan kucar kacir kesan dari maha dahsyatnya Hari Kehancuran itu, namun hanya sedikit sahaja orang yang mengambil pengajaran. Semoga semua yann kita lakukan di dunia ini, akan menjadi jambatan untuk kita meraih syurga Allah kelak.Di akhir cerita, cerita ni memberikan gambaran dunia baru selepas bencana alam itu berlaku, dan maknanya bagi mereka, pasti akan ada dunia itu, dunia baru, dunia yang tak akan hancur, dan mereka yang terselamat dari bencana, bolehlah memulakan hidup baru di tempat yang baru. Tapi kita haruslah ingat, kita sebagai orang Islam, wajib percaya akan hari penghancuran itu, dan penghidupan yang kekal abadi selepas mati samada di syurga atau di neraka. Moga2 Allah memberikan nikmat Syurganya kepada kita dengan rahmat Nya yang Maha Luas itu. Amalan kita belum tentu cukup untuk ke Sana itu. Dimanakah diri ini sekarang, makin jauh atau makin dekat dengannya?

No comments: