Wednesday, October 14, 2009

Sasar


Kata-katanya membuatkan ku termenung seketika. Ada benar kata katanya. Alhamdulillah...ku harus lihat kembali akan kesilapanku. Definately im not a good person and yet a good friend to be with. Atleast i know i did a mistake. Kena banyak bermuhasabah diri ni.
Bila kita pandang segalanya dari Tuhan, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hati ini, yang membuatkan keinginanku terhalang, serta menyusahkan hidupku… Pasti akan damailah hatiku, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia… Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupku, retaknya hatiku, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya…
Dlm kita melangkah..terkadang diuji dengan ujian yg terasa berat ..Hingga kita terduduk dan menangis..Ya aku sering menangis kerana kutahu...mmg banyak silapku dalam mengharungi liku liku hidup seharian ini.
Peritnya terasa tetapi ku harus ketahui dan renungi kembali ke diri ini kerana mungkin air mata itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar… Ya..mmg aku selalu tersasar...
Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi…!.
Biarkan kekecewaan berlalu..agar kegembiraan berlagu….!
Biarkan kegelisahan lenyap..jangan kita hilang semangat…!
Biar penderitaan itu menyapa…agar kekuatan kita jana semula…!
Biarkanlah diri derita agar kita tahu kepahitan derita ini dan kita sedar kesengsaraan adalah ujian darinya.
Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNYa tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri…!
Semoga akan ku tabah dan ditetapkan iman..
Biarlah apa mereka nak kata...

No comments: