Tuesday, August 18, 2009

Hidup ni....hhhmmm

Kita ketika hidup ini, selalu kita terlupa tentang yang sepatutnya.
Adakah kita terlalu sibuk bertanya suka dan duka orang2 di sana sini..
Sedangkan yg kita selalu menangis sendirian, cuba menahan rawan, kala hati lara kita selalu mengadu padanya.
Dikala sendirian aku selalu mengadu padanya...aarrgghhh kadang2 dunia ini terlalu payah untuk kita. Risau dan rasa takut kepadanya selalu menyulubungi hati ini. Tapi mengapa masih belum berubah. Selalu memikirkan hal duniawi, memikirkan perasaan sahabat sekeliling dan adakah pernah sahabat itu memikirkan atau menDOAkan untuk diri kita seperti yang kita lakukan? Cukuplah Allah swt yang mengetahui.
Kita terlalu sibuk dgn urusan dunia tapi kita lupa untuk luangkan waktu berharga walau sekadar sesaat cuma untuk yg di sana
kita tak pernah bertanya tentang khabar sidia tp kita tau tentang di sana walau sekecil hal cuma. Kita abaikan setiap permintaannya atas alasan dia selalu ada dan kita cuba memenuhi kehendak disana walau sendiri berperang dgn masa... lantas,
dikala sepi sendirian sendiri tertanya tentang pendirian tentang siapa dia dan kenapa dibiarkan leka dgn disana yg cuma sama sedangkan dia, menumpang kala riang menanti kala rawan dan alasan seorang insan aku hanyalah manusia yang sentiasa leka dan alpa dgn nikmat dunia.
Oh Dunia...kita masih leka.....sampai bila....tapi alhamdulillah ia datang lagi.

RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.
Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.
Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

No comments: